Harga emas jatuh namun tidak menunjukkan sebarang perubahan yang besar pada hari Isnin berikutan laporan data pekerjaan AS yang bercampur telah menyebabkan ketidaktentuan pada sentimen pasaran.

Pasaran hadapan emas di Comex NYMEX kini susut $ 3.40 atau 0.26% kepada $ 1.320.70 per auns pada jam 5.20 petang, hanya merekodkan peningkatan sebanyak 60 sen atau 0.05% sepanjang minggu lalu.

Pada hari Jumaat yang lalu, USD mengukuh didorong oleh laporan Jabatan Buruh AS bahawa ekonomi telah menambah 313 ribu pekerjaan bulan lalu, menjangkaui ramalan penganalisis yang hanya melihat peningkatan 200 ribu pekerjaan.

Walau bagaimanapun, kadar pendapatan per jam bulan Februari yang hanya meningkat 0.1% serta kadar pengangguran yang kekal di paras 4.1% telah menekan semula sentimen dollar dan mengalih perhatian pasaran kepada pelaburan yang lebih berisiko seperti saham.

Kadar pertumbuhan pendapatan yang bergerak perlahan turut mengurangkan jangkaan empat kali rate hike Fed pada tahun ini.

Emas sensitif dengan pergerakan dollar. Dollar yang tinggi mengurangkan permintaan emas oleh pemilik matawang asing yang lain berikutan harga yang tinggi.

The post Pasaran Emas Mendatar Sepanjang Minggu Lalu appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!