Isnin, harga minyak mentah dunia didagangkan menurun pada awal dagangan hari ini memandangkan kebimbangan gangguan bekalan yang mulai berkurangan dan pelabuhan di Libya telah menyambung semula aktiviti eksport mereka. Para peniaga juga melihat potensi perningkatan pengeluaran yang di usulkan oleh Rusia dan pengeluar minyak utama dunia yang lain.

Pada jam 0057GMT, niagaan hadapan minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras untuk pasaran dunia mencatatkan penurunan 0.4% bersamaan 26sen untuk didagangkan pada harga $ 75.07 setong.

Manakala untuk West Texas Intermediate ( WTI ) juga mencatatkan penurunan yang hamper sama iaitu 27sen atau bersamaan 0.4% untuk didagangkan pada harga $ 70.74 setong .

Pada minggu lalu, gangguan bekalan minyak di Libya serta mogok pekerja sector minyak yang belansung di Norway telah melonjakan harga minyak mentah. Namun harga minyak mentah masih ditutup pada paras penurunan untuk minggu kedua berturut-turut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ANZ Bank , penurunan harga minyak mentah adalah kerana kebimbangan mengenai gangguan bekalan semakin menurun dan berita mengenai negara pengeluar minyak Libya telah kembali menyambung kerja-kerja mengesport mereka.

Walaupun mogok yang dilancarkan oleh Kesatuan Perkerja pelantar dan pengerudian minyak dan gas sudah berlansung selama enam ( 6 ) hari di Norway, para peserta pasaran lebih menumpukan perhatian terhadap keyakinan mengenai kemungkinan perningkatan bekalan.

Pada hari Jumaat yang lalu, Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak berkata, Rusia dan pengeluar minyak mentah utama dunia yang lain akan meningkatkan pengeluaran minyak mentah seandainya pasaran minyak mentah dunia menghadapi masalah kekurangan bekalan.

The post Pasaran Minyak Mentah Dunia Dimulakan Dengan Penurunan Pada Awal Dagangan. appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!