Harga minyak mentah menyusut pada hari Rabu, merekodkan harga terendah harian yang baru.

Minyak mentah WTI jatuh 49 sen kepada $ 62.55 per tong pada jam 10.40 malam. Harga berada sekitar $ 63.10 sebelum laporan bekalan mingguan EIA dikeluarkan pada jam 11.30 malam.

Sementara itu, minyak Brent yang menjadi pengukur harga mintak antarabangsa pula susut 55 sen kepada $ 65.95 per tong

Energy Information Administration AS melaporkan peningkatan menerusi laporan bekalan minyak minggu lepas, naik sebanyak 3.0 juta tong.

Angka ini lebih tinggi berbanding jangkaan yang melihat peningkatan sekitar 2.4 juta tong selepas American Petroleum Institute (API) melaporkan kenaikan sebanyak 933 ribu tong.

Berdasarkan laporan EIA, bekalan di Cushing, Oklahoma yang menjadi kunci penghantaran minyak NYMEX menyusut sebanyak 1.2 juta tong.

Jumlah bekalan minyak AS kini berada sekitar 423.5 juta tong pada minggu lalu, dan angka ini dilihat lebih rendah berbanding julat purata tahun lalu.

Walau bagaimanapun, pengeluaran minyak AS tetap merekodkan peningkatna tertinggi, naik sebanyak 10.28 juta tong sehari, melebihi output minyak Arab Saudi dan menghampiri rekod pengeluran Russia.

Hal ini menjadi kebimbangan pelabur komoditi kerana lonjakan pengeluaran minyak shale AS dilihat akan menganggu usaha OPEC dan Russia menangani lebihan bekalan bagi meningkatkan harga pasaran.

The post Pasaran Minyak Rekodkan Kejatuhan 2 Hari Berturut-turut appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!