Minyak WTI didagang sekitar $ 64.89, naik 0.79% setakat jam 11.15 malam, merekodkan peningkatan pada hari dimana pasaran utama seperti Eropah dan AS ditutup sempena sambutan Good Friday dan hari Easter pada Ahad nanti.

Minyak Brent yang menjadi panduan harga minyak antarabangsa pula tidak menunjukkan sebarang perubahan besar, meningkat sekitar 0.04% kepada $ 69.44 per tong.

EIA telah melaporkan peningkatan bekalan minyak AS sebanyak 1.643 juta tong untuk bacaan minggu lepas, lebih tinggi berbanding jangkaan yang melihat penyusutan sebanyak 287 ribu tong.

Apabila data bekalan semakin meningkat, angka ini menjadi faktor bearsih harga pasaran berikutan permintaan dilihat lebih rendah berbanding pengeluaran.

Walau bagaimanapun, pada hari Khamis semalam, Baker Hughes melaporkan penurunan pada aktiviti galian minyak shale AS kepada 798 unit berbanding 804 unit pada minggu lalu dan dijangka akan memberi kesan kepada laporan data bekalan minggu hadapan.

Pasaran minyak dijangka akan kekal bullish di awal suku tahun kedua 2018 dan minggu hadapan WTI dijangka akan cuba menembusi harga tertinggi tahunan yang berada sekitar $ 66.50.

The post Pasaran WTI Cari Peluang Untuk Tembusi Harga Tertinggi Tahunan appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!