Penganalisis daripada Danske Bank mengatakan retorik optimis daripada Pengerusi Fed Jerome Powell semalam telah menolak naik hasil bon dengan jangka masa pendek dan melihat kemasukan harga terhadap jangkaan rate hike bulan September telah mencapai hampir 90%

Powell mejelaskan bahawa perbezaan lengkungan hasil bon dengan tempoh matawang 2-tahun dan 10-tahun semakin melebar kepada 24 mata, namun beliau tidak memberi penegasan jika perubahan tersebut merupakan kebimbangan utama bank pusat.

Dengan tekanan inflasi yang rendah dan Fed masih berada pada landasan untuk menaikkan 2 kali kadar faedah pada tahun ini, hasil bon dijangka terus bergerak mendatar sepanjang musim panas Amerika pada tahun ini.

Dollar dilihat akan cuba mengekalkan momentum menaik pada minggu ini dengan menguji semula paras 95.00. Fokus pasaran kini tertumpu kepada keterangan terakhir Powell dan juga laporan ekonomi utama yang akan dikeluarkan pada hari ini seperti data inflasi UK dan EU serta perkembangan sektor perumahan Amerika Syarikat.

Dengan berbaki sekitar 10%, peluang untuk USD terus meningkat masih terbuka. Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.22% kepada 94.94 setakat jam 3.20 petang.

The post Peluang Membeli USD Untuk September Hike Masih Terbuka appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!