Selasa, harga minyak mentah terus meningkat, walaupun berlakunya perningkatan didalam pengeluaran oleh Rusia, keadaan ini diimbangi oleh penurunan pengeluaran oleh AS.

Niagaan hadapan minyak mentah WTI meningkat 0.70% kepada $ 63.45 setong pada 445AM ET ( 845 GMT )

Penanda aras untuk harga minyak mentah luar AS, Niagaan hadapan Brent meningkat 0.77% bersamaan 53sen kepada $ 68.16 setong setelah mengalami kejatuhan sebanyak 2% untuk dagangan hari sebelumnya.

Perningkatan harga minyak mentah disokong oleh data yang dikeluarkan minggu lepas di AS yang menunjukkan buat pertama kali dalam masa tiga minggu jumlah pengerudian menurun.

Pada hari Khamis , firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes melaporkan bahawa jumlah pelatar yang aktif di AS berkurang sebanyak 7 buah menjadikan jumlah pelantar aktif kepada 797.

Laporan itu mengurangkan kebimbangan bahawa pengeluaran minyak A.S. akan menjejaskan usaha oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum untuk membendung bekalan.

OPEC telah memotong pengeluaran mentah sebanyak 1.8 juta tong sehari (bpd) untuk menaikkan harga minyak. Perjanjian itu bermula pada Januari 2017 dan dijangka tamat pada penghujung 2018 tetapi ketua de facto Arab Saudi mendesak pemotongan itu dilanjutkan  ke 2019.

 

The post Perningkatan Pengeluaran Rusia Tidak Meberi Kesan Kepada Harga Minyak Dunia. appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!