Dollar berjaya keluar daripada paras terendah 3 bulan lalu yang telah direkodkan pada hari ini, didorong oleh kejatuhan mendadak pound pada sesi dagangan AS.

Keadaan ini menyebabkan pasaran kembali beralih kepada greenback dan bersiap sedia menghadapi rate hike yang akan diumumkan oleh Fed pada minggu hadapan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain naik 0.45% kepada 93.89 mata setakat 9.45 malam.

Kelembapan aktiviti perkhimdatan dan pembuatan negara-negara Eropah pada bulan September melalui bacaan awal PMI yang dikeluarkan pada hari ini turut menjadi salah satu faktor euro dilepaskan.

Disamping itu, kegagalan rundingan sidang kemuncak Brexit di Salzburg telah melemahkan semula sentimen pound.

Pound kini kembali menghampiri paras terendah mingguan berbanding dollar selepas PM UK Theresa May mengeluarkan kenyataan menyelar tindakan EU yang tidak fleksibel dalam rundingan.

Bagi mengekal hubungan perdagangan antara kedua-dua buah negara, EU berkeras dengan dua pilihan mereka iaitu isu berkaitan imigresen dan penguasan Ireland Utara kekal di bawah kastam mereka.

Melalui kenyataan bertulis, May menjelaskan bahawa ‘no deal’ adalah lebih baik daripada ‘bad deal’.

Beliau turut menyifatkan sebarang cadangan yang gagal menghormati referendum serta membahagikan negara kami kepada dua adalah satu perjanjian yang buruk.

The post PM May: Tiada Perjanjian Lebih Baik Daripada Perjanjian Yang Buruk appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!