Pound merekodkan peningkatan paling cemerlang minggu lepas dengan GBP/USD naik ke paras 1.4345 dan faktor kelemahan dolar menjadi penyokong utama.

Namun begitu, sehingga sesi Asia semalam pasangan matawang ini telah menyusut lebih daripada 300 pips kepada harga terendah mingguan yang baru sekitar 1.3985.

Kejatuhan tersebut didorong oleh spekulasi bahawa terdapat laporan kabinet UK yang mengatakan pendapatan negara akan berkurangan 8% sekiranya UK meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian.

Jurucakap Perdana Menteri UK walau bagaimanapun mengatakan bahawa laporan kabinet itu masih dalam bentuk draf dan belum diluluskan.

Ucapan Gabenor Bank Pusat England (BOE), Mark Carney semalam di hadapan Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi berjaya menyelamatkan pound daripada terus ditekan.

Secara keseluruhan, beliau positif dengan perkembangan semasa ekonomi dan menyebut bahawa pertumbuhan pendapatan semakin mengukuh. Beliau turut menyuarakan kebimbangan tetang hutang isi rumah yang menjadi risiko utama terhadap ekonomi negara.

Pound kembali mengukuh dan berjaya mengurangkan kerugian pada sesi Eropah semalam. GBP/USD naik  0.76% daripada paras terendah, didagang sekitar 1.4181 pada jam 11.40 pagi, namun masih 164 pips di bawah harga tertinggi.

The post Potensi Bullish GBP/USD Meningkat appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!