Dolar meningkat berbanding Yen pada hari Selasa selepas bacaan indeks harga pengeluar (PPI) Jepun mengecewakan pasaran, sekalig gus memberi sedikit kekuatan kepada greenback yang telah ditekan oleh pengukuhan berganda matawang Euro dan Yen.

Pengukuhan kedua-dua matawang tersebut didorong oleh pandangan bank pusat Eropah dan Jepun yang mana dijangka akan mula mengorak langkah ke arah pengetatan dasar kewangan pada tahun 2018.

USD/JPY kini didagang pada harga 110.76, naik 0.21% setakat jam 9.00 pagi.

Harga pengeluar Jepun bagi bulan Disember naik 0.2% dalam unjuran bulan ke bulan, lebih rendah berbanding jangkaan 0.4%, mengurangkan bacaan dalam unjuran tahun ke tahun kepada 3.1%

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini berada di paras 90.13, susut 0.54% pada sesi yang lepas.

Kejatuhan dollar didorong oleh jumlah dagangan yang kecil pada hari Isnin berikutan pasaran AS tutup sempena cuti umum serta spekulasi yang mengatakan bahawa ECB sedang bersedia untuk mengurangkan program ransangan ekonomi mereka telah meningkatan permintaan matawang Euro.

Berbanding Yen pula, USD/JPY telah jatuh ke paras terendah September 2017 semalam apabila Yen mendapat sokongan daripada ulasan Gabenor BOJ, Haruhiko Kuroda yang mengatakan bahawa ekonomi Jepun semakin pulih.

The post PPI Jepun Yang Mengecewakan Memberi Nafas Baru Kepada USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!