Bacaan awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jerman akan diterbitkan pada jam 2 petang hari Selasa.

Kadar pertumbuhan ekonomi Jerman suku tahun kedua dijangka meningkat daripada 0.3% kepada 0.4% manakala unjuran tahun ke tahun (YoY) naik daripada 1.6% kepada 2.5%

Jika angka pertumbuhan yang mengukur tahap aktiviti dan kekuatan ekonomi Jerman adalah lebih daripada ramalan, keadaan ini dijangka dapat memberi sokongan kepada pemulihan untuk pasangan matawang EUR/USD mendaki ke paras yang lebih tinggi.

Secara teknikal, berdasarkan chart 4H, pemulihan intraday EUR/USD pada hari Isnin lalu didorong oleh pengambilan keuntungan dan bertujuan memansuhkan oversold yang sedang berlaku di dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, pasangan matawang ini semakin kehilangan kekuatan untuk terus menaik dan dijangka akan menunjukkan petanda-petanda baru untuk kembali menurun.

Kedudukan EUR/USD di bawah 1.1380 akan memberi peluang kepada bearish momentum menekan harga ke paras 1.1300.

Namun begitu, lonjakan menembusi paras 1.1450 dilihat mampu menarik lebih banyak seller untuk menjual pada harga yang lebih tinggi.

Support terhampir berada di paras 1.1360 (S1), 1.1330 (S2) dan 1.1300 (S3), manakala resistance pula berada di paras 1.1420 (R1), 1.1450 (R2) dan 1.1480 (R3).

The post Preview GDP Jerman: Seller Akan Terus Kuasai EUR/USD? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!