1) Ulasan Fed Atlanta, Data Perumahan dan Barangan Tahan Lama

Selepas pengumuman rate hike Fed pada awal pagi Khamis yang lalu, para pelabur kini akan menumpukan perhatian kepada ulasan Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic bagi mencari petunjuk tambahan terhadap prospek pengetatan kadar faedah tahun ini.

Bostic dijadualkan berucap pada jam 8.10 malam, Kemudian diikuti laporan tempahan barangan tahan lama oleh Jabatan Perdagangan pada jam 8.30 malam.

Tempahan pada bulan Februari dijangka naik kepada 1.5% selepas jatuh -3.6% pada bulan sebelumnya.

Dalam laporan yang berbeza, Jabatan Perdagangan juga akan mengeluarkan bacaan bagi jualan rumah yang baru bulan Februari bermula jam 10 malam.

Jualan rumah baru bulan Februari dijangka meningkat 4.4% daripada 593,000 unit (Januari) kepada 623,000 unit.

Indeks Dollar yang mengukur kekuatan greenback stabil di paras 89.47, naik 0.21%

2) Apakah USD/CAD akan terus meningkat?

Kedudukan CAD kembali lemah mengikuti perkembangan semasa harga minyak, menutup sedikit keuntungan berbanding dollar selepas harga minyak jatuh pada sesi yang lalu.

Laporan CPI dan data jualan runcit teras Kanada menjadi fokus pelabur loonie. Inflasi harga pengguna (CPI) teras tahun ke tahun (YoY) dijangka bergerak lebih cepat pada bulan Februari, meningkat kepada 1.4% berbanding 1.2% pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, jualan runcit bagi bulan Februari juga diramalkan naik ke paras 1.1% selepas melaporkan penyusutan 0.8% pada bulan Januari.

The post Preview News Penting Bagi USD & CAD: 23/3/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!