Pengeluaran Industri Jerman

Seperti angka tempahan kilang, pengeluaran Industri Jerman meningkat pada bulan November kepada 3.4%. Pasaran menjangkakan pembetulan pada bulan Disember kepada -0.4%

Halifax HPI

Dalam keadaan kebimbangan pasaran terhadap pasaran perumahan UK semakin meningkat, pada jam 4.00 petang, laporan indeks Harga Perumahan Halifax UK bagi bulan Januari akan dikeluarkan.

Walaupun bacaan ini bukanlah ukuran pertama kepada harga rumah, namun kebiasaannya akan memberi impak kepada pergerakan pound.

Berdasarkan laporan terkini, bacaan indeks di bulan Disember mengecewakan, jatuh -0.6% . Pada laporan bulan Januari, penganalisis meramalkan pertumbuhan harga meningkat sebanyak 0.2%.

Ucapan Presiden New York, Bill Dudley

Pandangan Dudley sebagai salah seorang pengundi tetap FOMC kebiasaannya selari dengan pemikiran bank pusat terutamanya bekas pengerusi Fed, Janet Yellen.

Beliau dijangka akan memberi komen berkenaan perkembangan sektor pekerjaan dan juga hala tuju rate hike Fed yang terkini.

Keputusan Kadar Faedah New Zealand (Khamis, 4.00 pagi)

Rizab Bank New Zealand (RBNZ) dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% serta mengemas kini sasaran dasar kewangan mereka di masa hadapan.

Ulasan sidang media bank pusat oleh Gabenor RBNZ, Spencer akan dikeluarkan sejam selepas pengumuman kadar faedah di atas.

Sidang media kali ini menjadi tumpuan pasaran berikutan perkembangan yang positif pada pertumbuhan pekerjaan NZ dan jangkaan bahawa bank pusat akan cuba untuk menurunkan nilai semasa Kiwi.

NZD/USD kini didagang sekitar 0.7342

The post Preview News Penting Bagi USD & NZD: 07/02/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!