Perhatian pelabur pada sesi Asia hari Selasa tertumpu kepada data inflasi yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Australia pada jam 9.30 pagi.

Data CPI ini dikeluarkan setiap suku tahun dan pada suku keempat tahun 2017, CPI telah meningkat sebanyak 0.6% (QoQ), manakala CPI Teras (Trimmed Mean CPI) pula naik 0.4%.

Pada suku tahun pertama ini, kedua-dua bacaan dijangka meningkat pada kadar 0.5%

Pada jam 4 petang, tumpuan pasaran akan beralih kepada hasil tinjauan IFO yang merupakan salah satu indikator utama untuk ekonomi Jerman.

Selepas laporan ZEW jatuh lebih rendah berbanding jangkaan, IFO berkemungkinan mengikuti jejak langkah yang sama.

Namun begitu, pasaran meramalkan peningkatan bacaan indeks bagi bulan April kepada 104.7, lebih tinggi berbanding 103.2 pada bulan Mac.

Pada sesi NY pula, indeks keyakinan pengguna CB (Conference Board) yang mengukur tahap keyakinan 5000 isi rumah menjadi fokus pelabur USD.

Pada bulan Mac lalu, bacaan mengukuh ke paras 127.7. Namun bacaan dilihat sedikit merosot ke paras 126 mata pada bulan April.

Selain itu, data jualan rumah baru AS juga akan diteliti. Data ini memainkan peranan kecil pada perkembangan sektor perumahan, namun memberi kesan besar kepada aktiviti ekonomi secara keseluruhan.

Unit rumah baru yang terjual pada bulan Mac diramalkan meningkat daripada 618 ribu kepada 625 ribu.

The post Preview News Penting Buat AUD, USD & EUR: 24/04/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!