Kelulusan Gadai Janji UK

Bacaan ‘Gross Mortage Approvals’ merupakan indikator awal yang mewakili hampir 65% daripada pinjaman. Selepas menyusut pada bulan November sebanyak 36,100, kelulusan dijangka meningkat pada bulan Disember kepada 37,200.

Kemudian, pada jam 2.00 pagi, Timbalan Gabenor BOE, Cunliffe akan berucap di Universiti Warwick dan dijangka akan memberi tekanan kepada data-data terkini.

Bulan May masih menjadi sasaran rate hike BOE, namun pasaran masih belum ‘price-in’ sepenuhnya.

Ucapan Presiden ECB

Fokus utama pelabur EUR pada hari ini adalah ulasan Presiden ECB, Mario Draghi yang dijadualkan berucap berkenaan perkembangan terkini ekonomi di dalam Parlimen Eropah.

Ucapan ini dilakukan sebelum mesyuarat dasar kewangan yang akan dijalankan pada bulan Mac. ECB dijangka mengumumkan langkah dasar seterusnya dalam proses menamatkan program QE (Pelonggaran Kuantitatif) tahun ini.

Ulasan Pegawai Fed & Data Perumahan

Laporan ekonomi AS dimulakan dengan ucapan Presiden Fed St. Louis, Bullard pada jam 9.00 malam.

Kemudian diikuti data Jualan Rumah Baru bagi bulan Janauri yang dilihat meningkat kepada 655 ribu, naik 30 ribu berbanding bacaan bulan Disember.

Pada jam 4.15 pagi, ucapan ahli lembaga Fed, Quarles akan mengakhiri laporan ekonomi di Amerika dengan jangkaan memberi penekanan kepada perubahan ‘forward guidance’ Fed terhadap inflasi dan kadar faedah.

The post Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 26/2/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!