Data Pembuatan & Perkhidmatan EU

Data perkhidmatan dan pembuatan Kesatuan Eropah akan diteliti pada hari ini bagi mendapatkan petunjuk kepada kekuatan ekonomi di sana menjelang penetapan dasar kewangan oleh Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari esok.

Pertumbuhan sektor perkhidmatan bagi bulan Januari dijangka mengekalkan bacaan sekitar 56.5 mata, manakala indeks PMI Pembuatan pula dilihat sedikit jatuh ke paras 57.9 berbanding 58.1 pada bulan Disember yang lalu.

Menjelang laporan ini, EUR/USD didagang tinggi, naik 0.40% kepada 1.2309

Pasaran Buruh UK

Data pertumbuan purata pendapatan mingguan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara UK dijangka akan meningkat sebanyak 2.3% pada bulan November, selari dengan pertumbuhan pada bulan sebelumnya.

Kadar pengangguran bulan November pula dilihat kekal di paras 4.3$ .

GBP/USD berada di paras tertinggi sejak Jun 2016 yang lalu sekitar harga 1.4017, naik 0.20% pada sesi yang lepas.

Sektor Perumahan AS

Jualan semula perumahan sedia ada (existing home sales) bagi bulan Disember dijangka bergerak lebih perlahan kepada 5.72 juta unit dengan penurunan sebanyak -2.2% dalam unjuran bulan ke bulan.

Indeks USD telah jatuh -0.34%  kepada 89.88

Laporan Mingguan EIA

Data bekalan minyak rasmi AS akan dikeluarkan oleh Energy Information Administration (EIA) pada malam ini dengan jangkaan bekalan minyak akan jatuh selama 10 minggu berturut-turut.

Pengnanalisis melihat penyusutan 1.6 juta tong pada minggu lepas. Harga minyak WTI ditutup tinggi pada sesi yang lepas didorong oleh optimis pelabur terhadap usaha OPEC dan Russia memotong bekalan minyak serta pertumbuhan ekonomi global yang dilihat telah meningkatan permintaan minyak.

The post Preview News Penting Buat USD, EUR & GBP: 24/1/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!