PPI & Sentimen ZEW Jerman

Bermula jam 3.00 petang, Jerman akan mengeluarkan laporan Indeks Harga Pengeluar dan dijangka akan memaparkan bacaan yang lebih tinggi.

Setelah naik 0.2% pada bulan Disember, indeks dilihat bergerak pada kadar yang cepat dan dijangka naik ke paras 0.5% pada bulan Januari.

Kemudian, pada jam 6.00 petang akan disusuli tinjauan sentimen oleh institut ZEW bagi bulan Februari. Pada bulan Januari lalu bacaan sentimen melonjak ke paras 20.4 dan angka tersebut dilihat menurun pada Februari kepada 16.5

Sentimen Ekonomi ZEW & Mesyuarat Menteri Kewangan EU

Pegawai-pegawai di bawah menteri kewangan EU dijadualkan bertemu pada hari ini begi membincangkan isu-isu berkaitan ekonomi negara.

Pada jam 6.00 petang, ZEW turut mengeluarkan indeks sentimen ekonomi bagi Kesatuan Eropah yang dijangka sedikit menurun pada bulan Februari daripada 31.8 kepada 28.4

EUR/USD masih kekal bergerak sekitar paras 1.2407 sejak hari Isnin yang lalu.

The post Preview News Penting Untuk EUR: 20/02/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!