GDP Amerika & Barangan Tahan Lama

Pertumbuhan ekonomi AS yang diukur melalui GDP dijangka meningkat 3% pada suku tahun keempat 2017, sedikit rendah berbanding bacaan 3.2% pada suku tahun sebelumnya.

Menerusi laporan yang lain, Jabatan Perdagangan akan mengeluarkan data tempahan barangan tahan lama bagi bulan Disember dengan jangkaan meningkat 0.5%. Kadar ini lebih tinggi berbanding bacaan -0.1% yang dikeluarkan pada bulan November yang susut disebabkan oleh sentimen perniagaan yang lemah.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback stabil di paras 89.19, naik 0.19% menjelang laporan di atas.

Inflasi Kanada

Kanada pula akan mengeluarkan laporan terkini inflasi teras pada malam ini dengan jangkaan bahawa peningkatan harga pengguna tetap menemui jalan sukar di bulan Disember. Bacaan inflasi ini dilihat dapat melemahkan jangkaan Bank Pusat Kanada (BOC) untuk mula menggunakan laluan yang lebih agresif dalam pengetatan dasar kewangan mereka.

Ahli ekonomi meramalkan Indeks Harga Pengguna (CPI) Kanada bagi bulan Disember jatuh 0.1%, selari dengan bacaan bulan sebelumnya.

Menjelang data ini, USD/CAD didagang sekitar 1.2372, naik 0.25%

Angka Pelantar Baker Hughes

Bilangan aktiviti galian mingguan minyak AS akan dikeluarkan oleh Baker Hughes pada hari Jumaat dan dijangka akan memberi petunjuk baru terhadap pengeluaran minyak AS serta permintaan di dalam pasaran selepas bacaan aktiviti minggu lepas meningkat sebanyak 5 unit kepada 747.

Pada hari Khamis lalu, harga minyak WTI jatuh daripada paras tertinggi 66.60, menyusut -0.43% kepada paras terendah harian sekitar harga $ 65.21 per tong. Penurunan ini didorong oleh pengukuhan dolar yang didorong oleh sesi wawancara Trump bersama CNBC apabila mengatakan ‘dolar akan mengukuh’, menepis ulasan ‘dolar lemah baik untuk Amerika’ oleh Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin.

The post Preview News Penting Untuk USD & CAD: 26/1/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!