Penetapan Dasar ECB dan Sidang Media Draghi

Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengumumkan keputusan dasar kewangan meraka yang terbaru dan dijangka akan mengekalkan kadar faedah (0%), kadar margin pinjaman (0.25%) dan kemudahan deposit (-0.4%) di paras yang sama.

Selepas pengumuman tersebut, presiden ECB, Mario Draghi dijadualkan berucap dalam sidang media pada jam 9.30 malam dan para pelabur akan meneliti pandangan beliau terhadap polisi sedia ada selepas bank pusat mengurangkan hampir separuh jumlah pembelian bon.

EUR/USD naik 0.75% kepada 1.2391 menjelang penetapan dasar hari ini.

Data Pekerjaan dan Perumahan AS

Jabatan Perdagangan akan mengeluarkan angka jualan rumah baru bagi bulan Disember pada jam 11.00 malam hari Khamis. Bacaan bulan Disember dijangka jatuh sebanyak 7.9% kepada 676,000 unit berbanding 773,000 unit pada bulan November.

Dalam laporan yang berbeza, Jabatan Buruh akan mengeluarkan angka individu yang memohon insurans pengangguran pada minggu lepas. Ahli ekonomi meramalkan tuntutan meningkat sebanyak 13,000 kepada 236,000.

Menjelang kedua-dua laopran di atas, Indeks USD telah jatuh mendadak sebanyak -0.96% kepada 89.02

Jualan Runcit Kanada

Laporan jualan runcit Kanada pada hari ini dijangka akan memberi petunjuk baru terhadap keadaan semasa ekonomi di sana setelah Bank Pusat Kanada (BOC) menaikkan kadar faedah pada minggu lepas.

Penganalisis melihat peningkatan 0.8% dalam jualan runcit pada bulan November, lebih rendah berbanding bacaan 1.5% pada bulan sebelumnya. Jualan Runcit Teras yang tidak termasuk kenderaan dijangka naik 0.9% pada bulan November.

Peningkatan harga minyak serta jangkaan lebih banyak pengetatan dasar yang akan dilakukan oleh BOC telah berhasil mengukuhkan kedudukan loonie (CAD) dengan USD/CAD kini didagang sekitar 1.2353, susut -0.51%

 

The post Preview News Penting Untuk USD, EUR & CAD: 25/1/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!