Nonfarm Payrolls (NFP) menjadi indikator utama sebagai petunjuk kepada kekuatan dan keadaan semasa pasaran buruh AS di bulan Februari.

Akan tetapi, non-manufacturing ISM yang menjadi komponen penting sebagai panduan NFP hanya melaporkan pertumbuhan pekerjaan sektor perkhidmatan yang kecil, meningkat pada kadar paling perlahan sejak 6 bulan lalu. Oleh itu, kadar pertumbuhan pekerjaan kali ini dijangka meleset.

Sekiranya data pekerjaan yang dikeluarkan adalah lemah, pasaran tidak dilihat akan mempamerkan penjualan besar-besaran USD berikutan keputusan laporan pekerjaan dilihat tidak akan mengubah pelan Fed untuk menaikkan kadar faedah bulan ini.

Namun begitu, beberapa faktor masih dapat mempengaruhi pergerakan pertukaran matawang dan keputusan kadar faedah Fed. Berikut tiga jangkaan yang dapat disimpulkan:

1) Price-in pasaran ke atas kemungkinan rate hike Fed bulan Mac telah mencecah 100%, namun jika pertumbuhan pendapatan mendatar dan jumlah penambahan pekerjaan dalam ekonomi melalui NFP adalah kurang daripada 50 ribu, angka-angka ini akan menganggu pelan Fed untuk meneruskan pengetatan dasar bulan ini.

Perkara ini sekali gus mencipta peluang untuk menjual EUR/USD pada paras yang lebih tinggi dan membeli USD/JPY daripada paras yang lebih rendah.

2) Sekiranya penambahan pekerjaan meningkat melebihi 150 ribu, kadar pengangguran berkurang, dan pertumbuhan pendapatan tidak kurang daripada 0.2%, EUR/USD dijangka jatuh ke paras 1.2250.

Selain itu, jika kadar pertumbuhan pendapatan stabil di paras yang sama seperti bulan Januari (0.3%), EUR/USD berpotensi berundur ke paras 1.220.

3) Jika hal sebaliknya berlaku dimana kesemua laporan meleset berbanding jangkaan dan pertumbuhan pendapatan pula susut ke paras 0.1%, USD/JPY dijangka jatuh mendadak ke paras 105.50, manakala EUR/USD berpotensi melonjak sehingga 1.2375

The post Preview NFP: 3 Potensi Pergerakan EUR/USD & USD/JPY appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!