Pada sesi terakhir dagangan AS semalam, USD berjaya mengurangkan sedikit kerugian apabila satu perjajian bagi membenarkan kerajaan dibuka semula selepas penutupan tiga hari berjaya mendapat kelulusan Senat, namun kedudukan dolar kekal berhampiran paras terendah tiga tahun yang lalu didorong oleh kebimbangan pasaran terhadap hasil bon AS.

Perjanjian jangka masa pendek tersebut tidak mendapat tentangan dalam dewan rakyat AS apabila majoriti bersetuju untuk bagi membiayai dana kerajaan sehingga 8 Februari depan.

Walau bagaimanapun, peningkatan dolar tidak bertahan kerana tempoh pembiayaan hanya untuk 2 minggu dan masih banyak isu yang menjadi perbahasan antara parti Republik dan Demokrat.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berpeluang naik ke paras 90.36 selepas keputusan dewan rakyat diumumkan.

Namun kini indeks jatuh semula ke paras terendah tiga tahun sekitar 90.18 setakat jam 12.30 tengahhari berikutan fokus pasaran telah beralih kepada penetapan dasar dan sidang media bank pusat Jepun dan Eropah pada minggu ini.

Salah satu faktor yang mendorong kejatuhan USD adalah risiko yang meliputi hasil bon AS berikutan bank-bank pusat utama dijangka akan mula bertindak mengurangkan ransangan dasar kewangan mereka.

Hal ini akan mengubah dinamik kadar faedah yang berlaku beberapa tahun yang lalu apabila Federal Reserve merupakan satu-satunya bank pusat yang mula menaikkan kadar faedah.

The post Risiko Hasil Bon AS Mengurangkan Permintaan Dollar appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!