Pada minggu yang lalu, Presiden AS telah mengumumkan tarif berjumlah $ 50 billion ke atas barangan import daripada China, mewujudkan potensi untuk berlakunya perang perdangangan yang besar antara kedua-dua buah negara.

Walau bagaimanapun, AS kini sedang berunding dengan China bagi mendapatkan akses ke dalam pasaran mereka.

Menurut laporan Financial Times, China juga menawarkan penambahan pembelian barangan semikonduktor daripada AS, serta membuka peluang pelaburan asing ke dalam sektor perkhidmatan kewangan mereka.

Laporan di atas sekaligus berjaya mengurangkan kebimbangan pelabur dan mengubah sentimen pasaran dengan aliran masuk pelaburan ke dalam aset-aset yang lebih berisiko seperti saham semakin meningkat.

Jangkaan perkembangan yang positif hasil daripada rundingan antara AS dan China turut menekan pasaran emas apabila merekodkan kejatuhan harga harian terbesar pada hari Selasa.

Pasaran hadapan emas bagi bulan April di Comex NYMEX jatuh $ 13.10 atau hampir 1.00% kepada $ 1,342.70 setakat jam 11.40 malam.

Para pelabur akan mencari emas sebagai satu instrumen simpanan yang bernilai dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik atau kegawatan pasaran

Oleh itu pemulihan risk appetite pelabur akan memberi kesan langsung kepada kejatuhan harga emas.

Sementara itu, nilai dollar yang tinggi turut mengurangkan permintaan emas berikutan harga logam yang mahal menyukarkan pemegang matawang asing lain untuk membeli emas.

The post Risk-On Kembali Kuasai Pasaran, Harga Emas Susut $ 13.00 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!