Harga minyak mentah AS melonjak pada hari Rabu didorong oleh penyusutan bekalan minyak rasmi AS pada minggu lalu yang melebihi jangkaan pasaran.

Pasaran niaga hadapan minyak WTI naik 70 sen dan didagang pada harga $ 65.60 setong setakat jam 11.20 malam.

EIA melaporkan kejatuhan 5.9 juta tong bekalan mingguan minyak mentah AS pada minggu lepas, melebihi jangkaan yang hanya meramalkan penyusutan sekitar 2.1 juta tong.

Angka tersebut menjadikan jumlah bekalan minyak mentah AS berada di paras 426.5 juta tong.

Pengeluaran minyak domestik AS pada minggu lepas pula kekal di paras tertinggi, stabil dengan jumlah 10.9 juta tong sehari (bdp). Output minyak AS kini semakin hampir dengan pengeluaran 11 juta tong minyak oleh Russia.

Harga minyak Brent di ICE Futures Europe Exchange yang menjadi ukuran harga antarabangsa naik 0.04% kepada $ 75.12 per tong.

Para pelabur minyak masih dalam keadaan berhati-hati dengan risiko pertemuan negara-negara pengeluar minyak pada minggu ini.

Menteri tenaga daripada OPEC, Russia dan beberapa pengeluar utama akan bertemu di Vienna pada hari Khamis dan Jumaat bagi mengemas kini perjanjian yang telah menghadkan sebanyak 1.8 juta tong pengeluaran mereka sejak 18 bulan yang lalu.

Russia menggesa untuk menaikkan jumlah output bdp mereka pada kadar yang segera. Namun Arab saudi pula cuba untuk mengurangkan jumlah pengeluaran bagi menghalang kejatuhan mendadak harga pasaran minyak.

Sebahagian ahli OPEC seperti Iran, Venezuela dan Irag tidak bersetuju dengan kedua-dua pendekatan tersebut dan berpendirian untuk kekal dengan perjanjian had pengeluaran yang sama.

The post Russia VS Arab Saudi: Pertemuan Di Vienna Bakal Menentukan Outlook Pasaran Minyak appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!