Edisi ke 48 kali ini seperti biasa berlangsung di bandar Davos di atas banjaran alps, menyaksikan delegasi dunia berpusu-pusu hadir bagi menghadiri Forum ini. Acara tahunan ini akan berjalan selama 4 hari bermula 23 sehingga 26 Januari 2018.

Kesatuan Eropah dan Ketua Bank Pusat ECB, Mario Draghi menerima pujian sewaktu sesi forum ini. Bermula dengan krisis Greece, kemudian Brexit, pilihanraya Jerman & Perancis dan terakhir kemelut politik di Sepanyol ramai menyangkakan Eropah tidak mampu untuk bertahan namun sebaliknya berlaku!

Kelususan oleh Trump terhadap kenaikan tarif duti bagi perkakasan solar dan mesin basuh yang dibuat di luar AS turut menjadi perbincangan hebat dikalangan peserta forum kali ini. Langkah menaikkan 30% duti tersebut bakal merisikokan industri bernilai 28 bilion dolar yang bergantung 80% alat ganti diperbuat dari luar negara.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau di dalam forum yang sama telah mengumumkan bahawa sebuah perjanjian perdagangan (Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership) telahpun dipersetujui oleh 11 buah negara (Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura & Vietnam).

Langkah tersebut dibuat setelah Trump membubarkan perjanjian TPP pada 2017 setelah beliau mengambil tampuk kepimpinan AS. Perjanjian baharu ini juga turut dijangka akan dimerterai selewat-lewatnya pada Mac 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes yang turut hadir di dalam forum ini menyuarakan hasrat beliau untuk membeli lebih banyak pesawat apabila perkembangan ekonomi sekitar India, China dan Asia Tenggara telah mewujudkan permintaan penerbangan yang tinggi di rantau tersebut.

Syarikat penerbangan ini yang menggunakan kesemua pesawatnya buatan Airbus tidak begitu bimbang dengan kenaikan harga minyak dan tidak bercadang untuk menaikkan kadar cas minyak mereka. Tony Fernandez turut menyatakan harga minyak pada paras $ 60 setong masih “tempoh bulan madu” berbanding pada ketika ianya berada pada paras $ 100 setong.

The post Sekitar Forum Ekonomi Dunia 2018 Davos : Perjanjian Baharu TPPA & Air Asia Bhd appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!