EUR/USD membuat pendakian paling tinggi minggu lalu dengan bergerak naik ke paras 1.2554, menjangkau lebih 300 pips daripada pembukaan harga hari Isnin lepas.

Namun peningkatan terhalang pada hari Jumaat apabila USD bangkit semula daripada kajatuhan. Sebahagian penganalisis menganggap pullback ini hanya bersifat sementara berikutan banyak fundemental masih menyokong pengukuhan EUR.

Menurut laporan ekonomi Zon Eropah terkini, kekuatan pertumbuhan ekonomi Eropah masih stabil dan kukuh.

Selain itu, kenyataan ini turut disokong oleh optimis pembuat dasar ECB seperti Benoit Coeure yang mengatakan bank pusat akan mula berbincang untuk mengubah pandangan dasar mereka pada awal tahun 2018.

Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi momentum ekonomi yang positif ini telah membuat pegawai-pegawai ECB mula memikirkan tentang normalisasi dasar kewangan yang dapat dilaksanakan seawal bulan hadapan.

Fokus pelabur EUR/USD kini beralih kepada data-data ekonomi Eropah yang dijangka akan menggerakkan pasaran pada minggu ini seperti tinjauan ZEW, PMI bulan Februari dan laporan IFO Jerman.

EUR/USD kini didagang pada harga 1.2407, naik 0.02% dengan paras 1.2500 menjadi garisan psikologi yang perlu di lepasi sebelum meneruskan peningkatan.

Pembeli pasangan matawang ini dijangka berada di antara harga 1.2250 dan 1.2375

The post Selepas Double Top, EUR/USD Mula Membuat U-Turn? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!