Pound Sterling (GBP) ungguli pasaran hari Isnin, memaparkan prestasi terbaik berbanding matawang utama yang lain dengan GBP/USD melonjak ke paras 1.434, naik hampir 100 pips atau 0.66% dan merekodkan peningkatan untuk 7 hari berturut-turut.

Seperti yang dijelaskan dalam artikel lalu, beberapa faktor telah menarik perhatian pelabur untuk membeli pound. Namun untuk GBP/USD mencapai paras 1.45, beberapa sokongan data pada minggu ini diperlukan.

Kelemahan dollar, perubahan risk appetite dan hasil bon UK yang tinggi menjadi daya penarik kepada GBP, namun faktor paling utama yang mendorong peningkatan pound adalah rate hike yang bakal diumumkan bulan hadapan.

Price-in pasaran terhadap jangkaan pengetatan dasar bulan hadapan telah mencapai 96%, namun angka ini akan berubah sekiranya data-data ekonomi UK pada minggu ini meleset jauh berbanding ramalan.

Data pekerjaan, inflasi pengguna (CPI) dan jualan runcit adalah koleksi laporan terkini yang akan menjadi rujukan ahli MPC Bank Pusat England (BOE) sebelum keputusan dasar diumumkan pada 10 Mei hadapan.

Kemudian diikuti laporan sektor perkhidmatan dan pembuatan bulan April yang akan dikeluarkan pada awal bulan Mei, beberapa hari sebelum mesyuarat dasar di adakan.

Sektor ini bergerak lebih perlahan pada bulan Mac, oleh itu indeks terkini yang menjadi pengukur kepada keadaan semasa ekonomi UK bagi awal suku tahun kedua 2018 akan memberi kesan langsung kepada pandangan MPC.

Walaupun perbelanjaan pengguna dijangka menurun, namun inflasi dan pendapatan masih bergerak pada kadar yang sihat.

Sekiranya purata pendapatan mingguan meningkat lebih cepat berbanding jangkaan, GBP/USD dijangka melonjak ke paras tertinggi tahunan 1.44.

Namun jika sebaliknya berlaku, pertumbuhan pendapatan bergerak lebih perlahan, GBP/USD dilihat akan berundur kepada harga 1.425.

Untuk pasangan matawang ini meneruskan peningkatan ke paras 1.45, data inflasi CPI (Rabu) dan jualan runcit (Khamis) perlu mengeluarkan bacaan yang melebihi jangkaan.

The post Tanpa ‘Retracement’ Sejak 7 Hari Lalu, $ 1.45 Kini Jadi Sasaran GBP/USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!