Isu terbaru Brexit terus menghimpit GBP sehingga menyebabkan pound kekal dalam zon bearish berbanding greenback untuk 4 hari berturut-turut.

GBP/USD masih didagang rendah pada hari Jumaat, menuju paras 1.3170, didorong oleh komen Brexit daripada Presiden US, Donald Trump semasa lawatannya ke UK.

Trump menjelaskan bahawa beliau ingin melihat senario hard Brexit selepas UK keluar sepenuhnya daripada Kesatuan Eropah.

Kenyataan dikeluarkan bagi menyangkal cadangan ‘soft-Brexit’ Perdana Menteri UK, Theresa May yang dilihat akan ‘membunuh’ harapan hubungan baik perdagangan antara AS dan UK.

Dalam sesi wawancara di hadapan media UK, Presiden Trump menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan PM May yang tidak mengikuti nasihat beliau dalam rundingan Brexit sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan perkara ini berpotensi meningkatkan konflik perdagangan antara dua negara jika UK terus mengekalkan hubungan perdagangan mereka bersama Kesatuan Eropah.

Selepas kenyataan ini dibuat, pound sterling gagal mempertahankan harga 1.3200 berbanding greenback dan jatuh ke paras terendah pada sesi yang lalu.

Kini GBP/USD didagang sekitar 1.3178, susut 0.20% setakat jam 12.20 tengahhari.

Paras tertinggi mingguan, 13360 kini menjadi garisan resistance paling signifikan, manakala sentimen pound yang lemah dilihat mampu membawa GBP/USD menghampiri paras terendah tahunan 1.3050.

The post Trump Inginkan ‘Hard Brexit’, Apa Akan Jadi Kepada Pound (GBP)? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!