Isnin, harga minyak mentah dunia meneruskan kejatuhan yang berlaku pada sejak minggu lalu selepas China mengugut untuk menghentikan import minyak mentah dari Amerika Syarikat selepas pertikaian perdagangan yang semakin memuncak dengan Washington, manakala bekalan dari Russia dan OPEC dijangka semakin meningkat.

Pada jam 0635 GMT , niagaan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate ( WTI ) mencatatkan paras terendah yang dicatatkan pada bulan April dengan didagangkan pada harga $ 63.98 setong, jatuh 1.6% dari penutupan terakhir pada minggu lalu

Menurut penganalisa niagaan hadapan , Benjamin Lu dari Philip Futures yang berpengkalan di Singapura, harga minyak mentah terus merosot selepas ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China terus meningkat pada minggu lalu.

Dalam keadaan perningkatan defisit perdagangan Amerika Syarikat dengan sebahagian besar rakan niaga utamanya termasuk China, Presiden Amerika Syarikat Donald trump melancarkan tarif eksport setinggi $ 50 billion terhadap China yang dikuatkuasakan bermula 6 Julai nanti.

Pada hari Jumaat, Presiden China , Lu mengeluarkan kenyataan bahawa Beijing akan mengatur langkah balas terhadap tarif import tersebut dengan posisinya sebagai pengimport utama Amerika Syarikat. Dan menambah langkah berbalas serangan ini bakal memberi kesan negatif kepada pelabur dan pertumbuhan ekonomi dunia.

China menjadi pelanggan terbesar minyak mentah Amerika Syarikat dengan import bernilai hampir $ 1 billion sebulan sekarang apabila eksport minyak Amerika Syarikat melonjak dalam masa 2 tahun terakhir ini.

The post Trump Mungkin Kehilang Export Minyak Bernilai $ 1 Billion Sebulan Dengan Tarif Terbarunya. Harga Minyak Terus Merosot . appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!