Menjelang penutupan sesi dagangan Asia, dolar AS kian pulih daripada kejatuhan, didorong oleh peningkatan hasil bon dan para pelabur bersikap lebih tenang menghadapi isu yang melanda White House ketika ini.

Penutupan kerajaan AS bermula selepas perdebatan Demokrat dan Republik (GOP) di Senat pada hari Sabtu terhenti pada isu imigrasi dan keselamatan sempadan sehingga menyebabkan mereka bertindak mengagalkan rangka belanjawan kerajaan yang telah dibentangkan.

Bagi memecahkan kebuntuan ini, ketua kedua-dua parti telah mengadakan perbincangan pada hari Ahad, namun tetap gagal mendapat kata sepakat.

Undian kini tertangguh sehingga hari Isnin, dan rangka baru akan dibawa oleh GOP ke dalam Senat. Undian ini penting bagi memastikan sama ada pembiayaan dana jangka masa pendek kepada kerajaan dapat dilaksanakan sehingga 8 Februari atau sebaliknya.

Presiden FPG Sekuriti Tokyo, Koji Fukaya berkata, “Pasaran sudah biasa dengan apa yang berlaku pada politk US ketika ini. Tidak melihat penutupan kerajaan sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian, namun lebih kepada pertunjukan politik”.

Ketua Startegi di Barclays cawangan Tokyo, Shin Kadota pula menjelaskan, “Kerugian dolar semakin berkurangan berikutan kesukaran dalam rundingan sejak minggu lalu telah pun dijangkakan dan pasaran mempunyai masa untuk meletakkan harga (price in) terhadap isu ini”.

Beliau turut mengatakan, “Penutupan ini dilihat tidak akan berlaku untuk tempoh yang lama. Namun sekiranya hal ini berlanjutan sehingga beberapa minggu, kami akan mula menilai kesan negatif yang bakal berlaku terhadap ekonomi AS”.

Indeks Dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini stabil sekitar 90.46, keluar daripada paras terendah 3 tahun lalu, 90.11 yang dicapai pada hari Khamis lepas.

The post #Trumpshutdown, Sekadar Pertunjukan Politik appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!