Seperti yang dijelaskan pada dua artikel yang lalu, Euro berhadapan dengan risiko untuk jatuh manakala USD pula dijangka akan menguasai pasaran sekiranya hasil bon 10-tahun AS mencecah paras 3%.

USD mendominasi sesi dagangan hari Isnin apabila permintaan naik mendadak, didorong oleh lonjakan hasil bon 10-tahun AS menghampiri paras 3%, kadar tertinggi sejak tahun 2011 yang lalu.

Selain itu, data PMI yang dikeluarkan oleh Markit bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan AS adalah lebih positif berbanding jangkaan, sekali gus memberi sokongan kepada dollar untuk terus meningkat.

Pengukuhan dollar telah menekan EUR/USD jatuh 75 pips ke paras 1.2217 dan GBP/USD susut 95 pips ke paras 1.3938 setakat jam 10.20 malam.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain melonjak 0.48% ke paras 90.81.

Paras yang menjadi perhatian EUR/USD kini adalah pada dua support penting sekitar 1.2210 dan 1.2155

The post USD Mendominasi, EUR & GBP Semakin Tertekan appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!