Yen bangkit pada sesi dagangan yang lalu dengan USD/JPY jatuh 0.47% atau 45 pips kepada 105.87.

Matawang ini juga mengukuh berbanding kesemua matawang utama yang lain dengan GBP/JPY susut -0.36% kepada 148.70 manakala EUR/JPY pula jatuh -0.55% kepada 1301.9

Pengukuhan Yen disokong oleh beberapa faktor seperti kestabilan ekonomi yang disokong oleh fundemental yang kukuh.

Awal pagi Isnin yang lalu, bacaan akhir indeks PMI Pembuatan Tankan bergerak sedikit perlahan di paras 53.1, namun hampir menepati ramalan yang melihat peningkatan di paras 53.2 mata.

Selain itu, menurut Tankan, keyakinan perniagaan di Jepun masih kukuh pada suku tahun keempat 2017. Prestasi ekonomi Jepun juga terus berkembang dengan sokongan permintaan global yang tinggi.

IHS Markit juga melaporkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan terhadap bacaan indeks PMI ISM US. Angka ini sekali gus meningkatkan semula tekanan pada sentimen dollar.

Tambahan pula, kebimbangan terhadap potensi perang perdangangan selepas China memperkenalkan tariff ke atas barangan import AS turut menyebabkan ketidaktentuan di dalam pasaran global dan meningkatkan permintaan instrumen save haven seperti Yen.

Konflik perdagangan antara China dan AS akan memberi kesan buruk kepada ekonomi mereka serta mengakibatkan kelembapan pada pertumbuhan ekonomi global.

The post Yen Bangkit, Gagalkan ‘Recovery’ Matawang Utama Yang Lain appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!