EUR/USD terus didagang rendah selepas sesi tamatnya sesi mesyuarat dasar ECB pada jam 7.45 petang hari Khamis yang lalu.

Terjunan bebas lebih 200 pips EUR/USD daripada paras tertinggi 1.1850 kepada harga 1.1620, menjadikan euro matawang terlemah pada sesi dagangan hari Khamis.

Sehingga jam 1.20 pagi, EUR/USD masih bergerak sekitar zon terendah, didagang pada harga 1.1633. Berikut adalah perubahan euro berbanding matawang utama yang lain:

Kejatuhan mendadak matawang euro berlaku selepas kenyataan dovish dikeluarkan oleh bank pusat Eropah (ECB). ECB akan mengurangkan pembelian bon pada bulan September dan akan menamatkan program pelonggaran kuantitatif (QE) pada bulan Disember.

Penganalisis daripada ING berkata, “Melalui kenyataan yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini, ECB telah mengumumkan untuk menamatkan QE mereka. Namun tindakan ataupun langkah yang akan diambil masih tidak jelas”.

Keadaan ini telah menambahkan lagi ketidaktentuan di dalam pasaran berikutan potensi untuk program QE dilanjutkan ke tahun 2019 masih terbuka.

Tanpa sokongan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, bank pusat turut memberi isyarat bahawa kadar faedah tidak akan dinaikkan pada tempoh masa terdekat dan mungkin ditangguhkan lebih lama.

Selain daripada menafikan jangkaan untuk melihat rate hike diumumkan pada tahun ini, perkara ini turut meningkatkan lagi prospek bahawa Presiden ECB, Mario Draghi akan menamatkan baki perkhidmatan beliau sehingga Oktober 2019 hadapan tanpa sebarang perubahan terhadap kadar faedah.

The post Apa Dah Jadi Dengan EUR/USD? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!