Dollar Aussie (AUD) pulih secara signifikan sejak sesi dagangan yang lalu berikutan tarif baru yang dinanti-nantikan oleh pasaran telah diumumkan oleh Trump semalam.

Versi tarif yang dikeluarkan telah mengurangkan retorik awal yang memperlihatkan pengukuhan greenback.

Katalis yang mengubah sentimen adalah pengumuman kadar tarif yang lebih rendah daripada jangkaan.

10% tarif import bernilai $ 200 billion ke atas barangan import China akan dikuatkuasakan pada 24 September dan kemudian dijangka akan ditingkatkan ke paras 25% pada tahun hadapan.

Selain itu, China juga bertindak balas memperkenalkan 5-10% tarif ke atas import Amerika yang bernilai $ 60 billion dan dijangka akan dikuatkuasakan pada tarikh yang sama.

Pengukuhan AUD turut disokong oleh peningkatan pasaran ekuiti dan tembaga serta pemulihan matawang yuan China.

Sentimen risk-on dilihat akan terus menguasai pasaran dan AUD dijangka kekal dengan prestasi terbaik berbanding kesemua matawang lain pada hari Rabu.

Berikut adalah perubahan Aussie berbanding matawang utama yang lain setakat jam 12.20 tengahhari:

The post AUD/USD Lepasi Paras Tertinggi 2 Minggu Lalu, Ini Sebabnya! appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!