Matawang Aussie (AUD) telah meningkat tanpa sebarang halangan selama 6 minggu berturut-turut sejak pertengahan bulan Disember lalu. Lonjakan Krismas berjaya diteruskan pada tahun 2018 dan AUD/USD kini sekali lagi menembusi paras harga signifikan 0.80.

Berikut merupakan tiga faktor yang menjadi penyokong kepada pengukuhan Aussie sepanjang sebulan setengah yang lalu.

1) Pertumbuhan ekonomi Australia yang mapan.

Hal dibuktikan oleh jumlah pekerjaan terbaru yang dikeluarkan pada bulan Disember meningkat sebanyak 34.7 ribu, lebih tinggi berbanding jangkaan yang melihat peningkatan 15 ribu pekerjaan. Selain itu kaji semula angka di bulan November turut meningkat kepada 63.3 ribu. Walaupun kadar pengangguran naik ke paras 5.5%, namun bilangan mereka yang mencari pekerjaan adalah lebih tinggi berbanding bacaan lalu, meningkat kepada 65.7%.

2) Ekonomi China yang berkembang maju.

China merupakan rakan dagang no. 1 Australia semalam melaporkan peningkatan dalam pertumbuhan GDP mereka kepada 6.8% di suku tahun keempat 2017. Bacaan ini lebih baik berbanding jangkaan 6.7%. Tambahan pula, ekonomi telah berkembang ke paras 6.9% sepanjang tahun 2017. Walaupun ramai meragui angka ini, namun peningkatan tersebut tetap memberi kekuatan kepada ekonomi Australia.

3) ‘Risk On’ pasaran global

Situasi ini menjadi penyokong kepada matawang yang berisiko termasuk dolar Aussie. Yen pula dikenali sebagai matawang ‘risk off’, oleh itu hal ini tidak menarik perhatian pelabur dalam keadaan pasaran saham yang terus meningkat.

Secara keseluruhan, peningkatan berterusan Aussie dolar ini didorong oleh faktor-faktor fundemental yang meyakinkan.

Paras Teknikal AUD/USD

Bagi mengekalkan momentum bullish, AUD/USD perlu memecahkan rintangan di paras 0.8065 (R1) yang mana merupakan merupakan harga tertinggi pada akhir bulan Julai yang lalu. Kemudian di paras 0.8125 (R2) yang direkodkan pada bulan Ogos. Dan yang terakhir adalah pada harga 0.8165 (R3), paras tertinggi sejak bulan May 2015.

Support pasangan matawang ini berada di paras 0.7940 (S1), 0.7900 (S2) dan 0.7865 (S3)

The post Beli AUD/USD Pilihan Yang Bijak? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!