Dolar AS berjaya mengurangkan kerugian berbanding matawang utama yang lain pada hari Jumaat namun masih kekal berada sekitar paras terendah tiga tahun lalu berikutan potensi penutupan kerajaan pada hari Sabtu serta peningkatan hasil bon AS.

Sentimen greenback masih tertekan apabila sebahagian pembuat dasar AS tidak bersetuju dengan bajet yang dibentangkan oleh kerajaan pada hari Khamis, meningkatan kebimbangan pasaran terhadap penutupan kerajaan pada akhir minggu ini.

Dolar turut terkesan dengan peningkatan hasil bon 10-tahun AS ke paras tertinggi sejak tahun 2014 yang lalu. Selain itu, pasaran turut menjangkakan pemulihan ekonomi global akan menandingi pertumbuhan ekonomi AS sehingga menyebabkan bank-bank pusat utama seperti ECB mula mengurangkan ransangan dengan mengetatkan dasar kewangan pada kadar yang lebih cepat.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini stabil di paras 90.23, susut -0.09% setakat jam 11.00 malam, keluar daripada bacaan 89.96 yang merupakan paras terendah tiga tahun lalu.

Berikut merupakan perubahan dolar berbanding matawang utama pada malam ini:

 

The post Bimbang Dengan Penutupan Kerajaan AS, USD Kekal Berhampiran Paras Terendah 3 Tahun Lalu appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!