EUR/USD mengakhiri minggu lalu dengan volatiliti yang tinggi sehingga pasangan matawang ini berjaya mencapai paras tertinggi tiga tahun yang lalu.

Mampukah peningkatan ini bertahan?

Di akhir sesi dagangan Asia hari Isnin, EUR/USD meneruskan lonjakan, naik 22 pips kepada 1.2220 setakat jam 2.00 petang.

Faktor utama yang menyokong pengukuhan EUR adalah nada hawkish yang dikeluarkan oleh bank pusat Eropah (ECB) dalam laporan minit mesyuarat bulan Disember minggu lepas.

ECB memberi petunjuk bahawa mereka akan mengubah pandangan terhadap pelonggaran dasar (QE) dan dijangka akan membuat pengumuman awal tarikh tamat pembelian bon dalam pertemuan bulan ini.

Selain daripada laporan yang menunjukkan QE ECB hampir dipenghujung, indeks keyakinan pengguna, data jualan runcit dan juga pertumbuhan sektor industri dan pengeluaran Eropah yang naik melebihi jangkaan turut menguatkan sentimen matawang Euro.

Greenback pula ditekan dengan spekulasi China akan mengakhiri atau mengurangkan pembelian aset kewangan AS. Tambahan pula, dengan perkembangan inflasi AS yang mengecewakan, dollar terus terkubur, susut -0.19% kepada 90.46.  Jika laporan China ini benar, kejatuhan permintaan aset kewangan AS akan memberi kelebihan kepada Euro sebagai matawang alternatif.

Tumpuan fundemental pasaran Eropah minggu ini adalah pada bacaan-bacaan inflasi yang akan menjadi penyokong kepada keputusan ECB dalam mesyuarat dasar bulan ini.

The post ‘Bull’ Kuasai EUR/USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!