Jualan Runcit AS melonjak pada bulan Mac selepas jatuh selama tiga bulan berturut-turut, didorong oleh jangkaan peningkatan perbelanjaan pengguna akan berterusan pada suku tahun kedua 2018.

Jabatan Perdagangan As melaporkan peningkatan 0.6% pada jualan runcit bulan Mac selepas rekodkan kejatuhan -0.1% pada bulan Februari.

Tanpa memasukkan jualan kereta, gasolin, bahan pembinaan dan perkhidmatan makanan, jualan runcit telah meningkat 0.4% pada bulan Mac, selepas kekal di paras yang sama pada bulan sebelumnya.

Jualan runcit teras bulan Mac pula mengeluarkan bacaan yang sama, kekal di paras 0.2%

Antara faktor yang menyebabkan kelemahan jualan runcit sejak tiga bulan lalu adalah penangguhan proses pemulangan semula cukai.

Sebahagian penganalisis juga mengatakan bahawa pemotongan cukai pendapatan yang dijalankan pada bulan Januari turut memberi impak kepada pembayaran gaji pekerja di bulan Februari.

Perbelanjaan pengguna mewakili dua per tiga aktiviti ekonomi AS, meningkatan tinggi pada kadar tahunan sebanyak 0.4% pada suku tahun keempat.

Data yang positif ini walau bagaimanapun tidak berjaya mengalih perhatian pelabur daripada pengukuhan matawang utama lain terutamanya Euro dan Pound.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback masih berada di paras 89.17, susut 0.37% setakat jam 9.00 malam.

The post Data Jualan Runcit AS Positif, Melonjak 0.6% Pada Bulan Mac appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!