Keputusan dasar kewangan Bank Pusat Eropah (ECB) akan dikeluarkan pada jam 8.45 malam ini. Sejak daripada mesyuarat dasar pertengahan bulan Disember yang lalu, pasangan matawang EUR/USD telah melonjak naik melebihi 4.5% atau lebih 1000 pips dan kini didagang sekitar paras 1.2448

Melihat kepada faktor-faktor pertumbuhan ekonomi seperti laporan terkini jualan runcit Zon Eropah dan Jerman, saham DAX, bon 10-tahun Jerman, tinjuan ZEW, data-data PMI dan juga sektor pekerjaan, kesemua laporan ini memihak kepada ‘bullish’ Euro.

Walau bagaimanapun, Pengarah Urusan Strategi FX BK Asset Management, Kathy Lien mengingatkan bahawa peningkatan Euro ketika ini didorong oleh kelemahan USD, jangkaan yang mengharapkan perubahan pada panduan dasar masa hadapan (forward guidance) dan juga data-data Zon Eropah yang memberansangkan.

Oleh itu, beliau melihat Draghi akan cuba menghentikan pembelian Euro menerusi ulasan dasar pada sidang media malam ini. Kathy menjangkakan Draghi akan menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kadar pertukaran semasa Euro yang terlalu tinggi dan mengurangkan kemungkinan berlakunya perubahan terhadap ‘forward guidance‘ bank pusat.

Sebahagian penganalisis turut menjangkakan Draghi akan cuba menyimpulkan ucapan beliau dengan mengatakan bahawa rate hike tidak dilaksanakan sehingga tamat pelonggaran kuantitatif (QE), sekali gus melenyapkan nada hawkish pada pertemuan bulan Disember yang lalu.

Badan Pengkaji daripada ING berkata Draghi berkemungkinan akan mengeluarkan kenyataan yang lebih dovish bagi menghadkan peningkatan Euro sekali gus melenyapkan fantasi ‘hawkish’ sesetengah pihak. Namun begitu, kejatuhan ini mungkin hanya bersifat sementara didorong oleh pengambilan keuntungan (profit taking) oleh pelabur.

Sekiranya pasangan matawang EUR/USD jatuh akibat daripada profit taking, paras support 1.23 akan menjadi tumpuan.

Sebaliknya, sekiranya Draghi menyuarakan kebimbangan terhadap matawang namun lebih memberi tumpuan kepada ekonomi yang sedang berkembang pesat, menguatkan kemungkinan akan berlakunya perubahan terhadap unjuran awal dasar ECB sekaligus mengukuhkan momentum bullish dengan kemasukan pembeli ke dalam pasaran sehingga menolak EUR/USD naik ke paras 1.25.

 

The post Draghi Akan Tamatkan Lonjakan 1000 Pips EUR/USD? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!