BSI Large Manufacturing Condition (Q1)

Indeks Sentimen Perniagaan (BSI) Sektor Pembuatan Besar Jepun akan mengetuai laporan ekonomi pada pembukaan pasaran hari Isnin.

Indeks ini dibuat berdasarkan tinjauan beberapa syarikat gergasi dalam sektor pembuatan Jepun yang mana menjadi indikator kepada kekuatan ekonomi negara berikutan Jepun banyak bergantung kepada industri tersebut.

Bank Pusat Jepun akan meneliti bacaan yang dikeluarkan dan sentimen dijangka meningkat kepada 10.3 pada suku tahun pertama 2018, lebih tinggi berbanding 9.7 pada suku tahun yang lalu.

Mesyuarat Eurogroup

Menteri-menteri kewangan Zon Eropah dijadualkan bertemu untuk kali pertama pada hari ini bagi membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan ekonomi semasa selepas kerjaan Jerman berjaya ditubuhkan.

Isu lanjutan persepaduan Zon Eropah dijangka akan dibangkitkan oleh Perancis pada pertemuan kali ini.

Selain itu, program bailout Greece juga hampir tamat dan langkah selanjutkan mungkin akan dibincangkan pada hari ini. Sebarang ulasan berkenaan perkembangan ekonomi terkini dan prospek masa hadapan dijangka akan memberi kesan kepada pergerakan Euro.

The post Dua Laporan Fokus Pasaran Pada Hari Ini: 12/03/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!