Harga minyak kembali menyusut bagi sesi dagangan minggu yang baru pada hari ini setelah melonjak pada minggu lepas namun gagal untuk menembusi paras ‘resistance’ di $ 66. Sekali lagi pengeluar minyak AS adalah ‘pelakunya’ apabila bekalan minyak dilihat mula mengalami lambakan di dalam pasaran.

Mengikut laporan EIA pada minggu lepas, sebanyak 2.41 juta tong minyak berada di dalam pasaran dan itu adalah perbezaan sebanyak 3.48 juta tong pada 2 minggu terakhir bulan Jan 2018. Pada ketika itu harga minyak telah pun berjaya mencapai harga $ 70 setong.

Penghantaran minyak-minyak AS ke rantau Asia bakal memberikan ancaman kepada melemahkan perjanjian OPEC dan sekutunya termasuk Russia di dalam usaha ke arah menstabilakn semula harga minyak dunia. AS yang semakin mendominasi ‘saham’ pasaran minyak di Asia ini, bakal mencetuskan tindakan beberapa negara lain untuk mula meningkatkan pengeluaran minyak mereka pula.

 

Syarikat Penapis Asia Meningkatkan Belian Minyak AS Mereka

Sumber : Bloomberg & Energy Information Administration EIA

 

Pengeluar minyak ‘shale’ AS mungkin mampu untuk bersaing dengan Iraq dan Kanada dan OPEC seharusnya kini berhati-hati. Perjanjian pemotongan pengeluaran mereka mungkin tidak lagi akan dipatuhi dan jika semakin lama ianya diteruskan, mereka akan berada di dalam kerugian.

Pada Rabu nanti, laporan mingguan EIA akan sekali lagi diterbitkan pada jam 10.30 malam. Dijangkakan, bekalan minyak akan terus bertambah kepada 2.72 juta tong dan itu sudah pastinya akan lebih menekan harga minyak untuk terus jatuh ke paras yang lebih rendah.

Secara teknikal, harga telah pun memecahkan ‘trendline’ jangka masa sederhana-panjang dan itu telahpun memusnahkan pandangan ‘bullish’ terhadap harga minyak. Setelah melakukan pembetulan pasaran ke paras Fibonacci 38.20, harga dijangka akan terus menurun untuk kembali ke paras harga sekitar $ 60-62 setong.

The post Eksport AS Bunuh Harga Minyak appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!