Gabenor Bank Pusat England (BOE), Mark Carney yakin bahawa Bitcoin telah gagal sebagai salah satu bentuk matawang berikutan ia tidak memberi sebarang nilai simpanan dan juga penggunaan yang bermakna kepada barangan.

Bagi beliau, Bitcoin bukanlah satu matawang yang boleh dinilai mengikut norma piawaian yang biasa.

Menerusi laporan Reuters, memetik ucapan Carney di Universiti Regent London, beliau mengatakan, “Bitcoin setakat ini gagal…. berdasarkan aspek tradisi kewangan”.

Beliau menambah, “Bitcoin tidak menyimpan sebarang nilai kerana berada di seluruh negara. Tiada sesiapa yang menggunakan bitcoin sebagai medium pertukaran.”

Walau bagaimanapun, Carney bersetuju bahawa teknologi blockchain yang menjadi tulang belakang kepada matawang krypto adalah sesuatu yang berguna untuk diserap bagi memantau transaksi kewangan secara berpusat.

Carney berucap mengenai kepimpinan, keperluan kepada kerendahan hari dan empati dan mengelak diri daripada mengejar keuntungan. Oleh itu kesimpulan ucapan beliau adalah bertentangan dengan sifat spekulasi yang berlegar di dalam dagangan matawang krypto.

Mengulas berkenaan Brexit, Carney mengatakan bahawa bagi memastikan Brexit berjalan lancar pada Mac 2018, pihak regulasi UK merancang untuk menyediakan insititusi kewangan ‘the benifit of doubt’ atau bermaksud satu pelan yang perlu di yakini dan di terima pada minit terakhir.

The post Gabenor BOE: Bitcoin Telah Gagal Sebagai ‘Matawang’ appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!