Pasangan matawang GBP/USD kini cuba keluar daripada paras tertinggi penutupan sesi Asia hari Selasa, kini bergerak menunju harga $ 1.419 pada sesi dagangan Eropah.

Perhatian pelabur kini telah beralih semula ke dalam pasaran-pasaran berisiko dengan Pound Sterling terus maju lebih kehadapan berbanding greenback.

Pada sesi dagangan Isnin yang lalu, GBP/USD merekodkan peningkatan hampir 90 pips kepada 1.4238 dan kini didagang sekitar 1.4210 pada jam 3.15 petang.

Penganalisis strategi daripada UOB Group mengeluarkan pandangan dalam nota mereka dengan menyebut, “Jangkaan untuk harga terus bergerak mendatar adalah silap kerana GBP telah naik sejak minggu lalu mencapai paras tertinggi 1.4242.”.

Beliau turut menambah dengan prospek untuk GBP/USD bergerak lebih tinggi semakin kuat, pasangan matawang ini dijangka terus bergerak menghampiri paras tertinggi bulanan 1.4280 (R1). Kemudian diikuti rintangan seterusnya pada paras 1.4310 (R2) dan 1.4346 (R3).

Sekiranya harga jatuh menembusi support 1.4190 (S1), harga dijangka bergerak ke arah support terendah hari Isnin yang lalu pada harga 1.4140 (S2) yang mana dilihat sebagai paras paling signifikan untuk menahan daripada penurunan.

The post GBP/USD Dijangka Mara Menuju 1.4280? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!