Paras support 1.2700 telah diuji beberapa jam yang lalu dan tarikan positif terhadap pound berjaya mengekalkan GBP/USD di atas harga tersebut selepas laporan jualan runcit UK pada jam 4.30 petang.

Optimis pelabur melihat peningkatan 0.2% jualan runcit UK pada bulan Julai, namun angka yang diterbitkan melebihi jangkaan, naik sebanyak 0.7% bulan ke bulan (MoM) dan 3.5% tahun ke tahun (YoY)

Sementara itu, kadar jualan runcit teras yang mengecualikan jualan automotif dan petrol juga mencatat peningkat yang lebih tinggi daripada ramalan, naik 0.9% (MoM) dan 3.7% (YoY).

Kedua-dua laporan tersebut telah mengukuhkan lagi bacaan dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Kesemua data diatas dilihat membantu mengurangkan sedikit kelemahan sentimen pound yang sedang dihimpit peningkatan prospek no-deal selepas Brexit dikuatkuasakan tahun hadapan.

Selain itu, kelemahan sementara dollar juga turut membantu GBP/USD dan matawang utama yang lain melakukan correction yang lebih jauh.

Jika bullish berjaya menguasai, GBP/USD berpotensi untuk bergerak ke zon supply 1.2765 (R1) sebelum menguji paras 1.2800 (R2) dan 1.2830 (R3).

Penembusan harga 1.2700 (S1) meningkatkan risiko untuk GBP/USD jatuh ke paras 1.2660 (S2) dan 1.2600. (S3)

Selain daripada terus mengikuti perkembangan di Turki serta rundingan baru antara China dan AS, fokus pelabur juga tertumpu kepada laporan perumahan AS yang akan diterbitkan pada jam 8.30 malam.

The post GBP/USD Kekal Di Atas 1.2700, Peluang ‘Buyer’ Semakin Cerah? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!