Ulasan Minggu Lalu

Secara amnya Pound ditutup kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas dengan OHLC W1 dicatat sebagai 1.37260, 1.39447, 1.37234, 1.38465. Pengukuhan Pound ini dilihat kerana kelemahan Dolar AS sepanjang minggu lepas ditambah sentimen Brexit yang lebih baik. Harga penutupan pasaran minggu lalu merupakan yang tertinggi baru bagi pasca referendum Brexit.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 22/01-26/01/2018

Minggu depan terdapat 2 data berkala berimpak tinggi daripada London akan diterbitkan iaitu Average Earnings Indeks 3m/y dan Prelim GDP q/q yang dijadualkan keluar masing-masing jam 5.30 petang waktu Malaysia hari Rabu dan Jumaat. Jika dua data ini memberikan sentimen positif, GBPUSD dijangkakan akan terus terbang membuat harga lebih tinggi bagi pasca Referendum Brexit. Jika tidak GBPUSD mungkin akan melakukan pembetulan pasaran setelah membuat New High 2018.

 

Daripada AS pula, terbitan data berkala berimpak tinggi daripada AS minggu depan agak terhad dengan hanya Building Permits, dan Unemployment Claims sahaja akan diterbitkan yang masing-masing akan diterbitkan pada hari Khamis. Sebarang sentimen positif daripada AS dijangka melegakan tekanan jualan Dolar AS sejak minggu lepas dan membuatkan GBPUSD turun melakukan pembetulan pasaran.

 

Risiko Pasaran

Dijangka mode Risk-On dalam pasaran berterusan daripada minggu lepas, melainkan sentimen risiko geopolitik kembali dicetuskan Trump dan Korea Utara. Dengan Senate AS gagal meluluskan bajet baru, Federal Goverment Shutdown telah berlangsung. Masih tidak dapat dipastikan kesan sebenar kepada Dolar AS. Pedagang Dolar AS dinasihati berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Setakat minggu lepas, sentimen Brexit adalah positif dan ini dijangka berterusan sehinggalah sebaliknya.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan 22/01-26/01/2018

Melihat kepada Trendline seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah, kelihatan GBPUSD kini berada dalam kedudukan Uptrend di D1 dengan BRN SBR terhampir adalah 1.3900 diikuti dengan 1.3950 dan 1.4000. Dijangkakan sebarang penurunan adalah bagi menguji BRN RBS terdekat di 1.3800, 1.3750, dan 1.3700. Sebarang penurunan dijangka adalah sekadar pembetulan pasaran dan ini disokong dengan indikator RSI14 Standard di TF D1 masih berada dalam posisi Overbought sejak minggu lepas.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi

 

Wallahualam…

The post GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 22/01-26/01/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!