Bank Pusat Jepun mengekalkan pendirian paling dovish di antara negara maju yang lain dan tidak menunjukkan sebarang petanda akan mengubah dasar mereka dalam tempoh masa terdekat. Walaupun pasaran sebelum ini menjangkakan pengurangan jumlah matawang ke dalam ekonomi, namun BOJ tetap mencetak matawang mereka pada kadar yang cepat.

Pada penetapan dasar bulan Januari semalam, BOJ mengekalkan kadar hasil bon 10-tahun di paras 0% dan membiarkan kadar pembelian bon tanpa sebarang had. Kuroda dan pembuat dasar bank pusat yang lain tetap dengan pendirian mengekalkan ransangan dalam ekonomi sehingga sasaran inflasi 2% tercapai.

Beliau (Kuroda) turut mengatakan bahawa pembelian bon tidak akan memberi kesan kepada perubahan dasar di masa hadapan namun lebih menekankan isu pertumbuhan gaji yang masih lemah.

Pendekatan BOJ adalah berbeza dengan rate hike yang dilakukan oleh Federal Reserve, BOC dan BOE. Cetakan matawang di Zon Eropah masih diteruskan, namun jumlah telah dikecilkan sehingga separuh.

Dasar kewangan BOJ yang ‘super‘ longgar ini telah memberi kesan kepada Yen pada sesi Eropah semalam sehingga USD/JPY naik ke paras 111.15

Walau bagaimanapun, laporan utama yang mengatakan bahawa Presiden US, Donald Trump telah mengenakan tarif ke atas mesin basuh dan panel solar yang mana ditujukan kepada panel buatan China dan juga mesin basuh jenama Korea telah melemahkan sentimen USD secara keseluruhannya. Tindakan ini dilihat sebagai langkah pertama Trump untuk mulakan perang perdagangan ke atas China.

Selain itu, keputusan rundingan baru NAFTA yang bakal berlangsung pada minggu ini turut menjadi perhatian pelabur.

Apakah kaitan Amerika Utara & China ke atas matawang Yen?

Seperti yang diketahui ramai, matawang Jepun (Yen) dikenali sebagai safe-haven currency. Oleh itu disebabkan ketidaktentuan yang berlaku dalam pasaran global, permintaan Yen melonjak tinggi. Dan apa yang dibimbangkan adalah perang perdangangan ini akan melemahkan pertumbuhan ekonomi dunia.

Yen mengukuh berbanding kesemua matawang lain dengan USD/JPY susut -0.33% kepada 109.97. Berikut merupakan perubahan Yen vs matawang lain setakat jam 3.40 petang:

The post Hanya Kerana Mesin Basuh & Solar Panel, Permintaan Yen Melonjak appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!