Harga matawang kripto ini berterusan merudum sehingga ke paras terendah dalam tempoh 3 bulan, terakhir ia berada di paras sekitar $ 6000 adalah pada bulan November 2017. Kejatuhan lebih daripada 60% ini bermula setelah harga berjaya mencapai harga menghampiri paras 20,000 pada tahun lepas.

Spekulasi yang memungkinkan kejatuhan teruk Bitcoin kali ini didorong oleh laporan dari negara China yang mungkin akan melarang lebih lanjut pembeli domestik daripada sumber pasaran luar negara sementara pengeluar kad kredit seluruh dunia turut dilaporkan melarang pembelian matawang kripto.

Bank terawal yang menyekat pembelian matawang kripto melalui kad kredit adalah Bank of America kemudian terbaru disusuli oleh Lloyds Bank, Bank of Scotland dan Halifax Bank. Lloyds Bank memberikan justifikasi tindakan mereka sebagai melindungi pelanggan mereka daripada risiko yang berkait dengan ketidaktentuan harga matawang kripto.

Pada minggu lepas, menteri kewangan India berkata kerajaan negara itu akan bertidak tegas terhadap matawang kripto kerana mereka tidak melihat ianya adalah sebuah aktiviti yang sah dan bukan sebahagian daripada system kewangan. Facebook Inc juga turut menyekat iklan yang berkenaan dengan matawang kripto awal minggu ini.

Dari sudut teknikal, harga Bitcoin mampu untuk terus jatuh ke paras harga $ 5600 dan jika paras itu berjaya ditembusi ianya mampu untuk bergerak menuju paras sekitar $ 3000-5000. Belian boleh berlaku di paras tersebut dan sebarang penembusan di bawah paras ‘key support’ $ 3000 adalah sesuatu yang tidak baik!

Bagi mendapatkan analisa penuh untuk Bitcon anda boleh rujuk pautan yang berikut : https://my.tradingview.com/chart/BTCUSD/3mg7K6ZW/

The post Harga Bitcoin Terus Jatuh appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!