Khamis , Harga emas mencatatkan penurunan selepas Federal Reserve mengekalkan kadar faedah akan tetapi membayangkan bahawa kenaikan kadar akan berlaku pada tahun ini.

Pada jam 3:15AM ET ( 0815GMT ) niagaan hadapan emas Comex mencatatkan kejatuhan harga dengan didagangkan pada $ 1343.10/Troy ounce.

Pada mesyuarat terakhir Pengerusi Fed Janet Yellen sebagai ketua bank pusat mengatakan mengekekalkan kadar faedah adalah langkah yang telah dijangka oleh semua pihak, akan tetapi ia menjangkakan paras inflasi juga dijangka meningkat pada tahun ini.

Komen tersebut memberi isyarat bahawa kos pinjaman akan terus meningkat di bawah ketua bank pusat yang baru dilantik Jerome Powell.

Majoriti ahli ekonomi percaya bahawa bank pusat A.S. akan menaikkan kadar pada bulan Mac, diikuti oleh kenaikan yang lain pada bulan Jun, dengan langkah ketiga yang lebih tinggi tiba pada bulan Disember.

Harga emas sangat sensetif terhadap kenaikkan kadar, yang meningkatkan kos pegangan tanpa emas fizikal.

Indeks dollar yang membandingkan dollar US berbanding enam ( 6 ) matawang utama lain mencatatkan 89.05 meningkat dari paras terendah yang dicatatkan pada Disember 2014, 88.25 yang dicatatkan pada minggu lepas.

Hasil Perbendaharaan meningkat lebih tinggi dengan catatan penanda aras 10-tahun menghampiri paras tertinggi dalam empat tahun dengan kenaikkan 2.75%.

The post Harga Emas Ditekan Oleh Jangkaan Kenaikan Kadar Oleh FED. appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!