Menurut laporan bulanan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang dikeluarkan hari ini, pengeluaran minyak AS dijangka akan membuat kejutan, meningkat secara mendadak didorong oleh harga pasaran yang semakin tinggi dan berpotensi menutup kejatuhan pengeluaran minyak di Venezuela.

IEA turut meningkatkan ramalan pertumbuhan bekalan non-OPEC tahun ini sebanyak 100,000 tong, menjadikan jumlah kepada 1.7 juta tong sehari. Kata IEA, “Tahun ini akan menjanjikan satu penetapan rekod untuk AS”.

Tambah IEA, “Pertumbuhan pengeluaran minyak AS yang tidak henti dilihat akan mencapai paras tertinggi dalam sejarah, naik kepada 10 juta tong sehari, melebihi pengeluaran Arab Saudi dan lawannya Russia pada tahun 2018 – didorong oleh had pengeluaran yang masih dijalankan oleh OPEC dan non-OPEC”.

Pasaran hadapan minyak mentah US (WTI) susut -0.78% kepada $ 63.41 pada jam 8.25 malam, manakala pasaran minyak Brent pula jatuh -0.85% atau 62 sen kepada 68.72

Fokus pelabur komoditi malam ini tertumpu kepada pengeluaran minyak shale AS oleh Baker Hughes selepas aktiviti galian minyak minggu lalu meningkat kepada 752.

The post Harga Komoditi Hitam Jatuh Hampir 1% appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!