Pasaran hadapan minyak WTI di NYMEX gagal mempertahankan harga $ 62 dan jatuh mendadak sebanyak $ 1.70 atau 2.81% kepada $ 60.90 setakat jam 1.30 pagi hari Khamis.

Minyak Brent yang menjadi ukuran harga minyak antarabangsa pula susut $ 1.63 atau -2.51% kepada $ 64.12 per tong.

EIA melaporkan jumlah bekalan minyak minggu lalu telah meningkat sebanyak 2.4 juta tong, namun lebih rendah berbanding jangkaan yang melihat kenaikan sebanyak 2.723 juta tong.

Bacaan ini berhasil memberi sokongan sementara kepada harga minyak.

Walau bagaimanapun, fokus para pelabur mula beralih kembali kepada isu berkaitan peletakan jawatan Gary Cohn yang telah meningkatkan kebimbangan pelabur terhadap potensi berlakunya perang perdagangan global.

Hal ini turut menghangatkan sentimen risk-off di dalam pasaran sehingga kita melihat peningkatan permintaan matawang safe haven seperti Yen dan Swiss Franc.

Selain itu, pasaran ekuiti Amerika turut mengikuti jejak yang sama seperti dua sesi yang lalu, dijual secara besar-besaran.

Kejatuhan harga minyak turut memberi kesan langsung kepada matawang CAD, dengan loonie lemah secara keseluruhan berbanding matawang utama yang lain dan USD/CAD kini naik lebih 110 pips kepada $ 1.2988

The post Harga Minyak Jatuh Mendadak Lemahkan CAD Secara Keseluruhan appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!