Khamis, harga minyak mentah terus mencatatkan penurunan pada awal dagangan hari ini apabila pengeluaran dari Amerika Syarikat mencatatkan perningkatan berterusan dan dijangka akan menyebabkan lambakan bekalan didalam pasaran dunia. Dengan faktor berkenaan juga OPEC dijangka akan mengadakan perbincangan untuk sekali lagi melakukan pemotongan bekalan lagi bagi mengimbangi pasaran dan bekalan.

Pada 0030 GMT , niagaan hadapan minyak mentah Brent menyusut 14sen dari harga penutup semalam untuk didagangkan pada harga $ 71.93 setong. Manakala bagi West Texas Intermediate ( WTI ) pula dicatatkan hampir tidak berubah dari harga penutup semalam iaitu $ 61.68 setong.

Dari satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Benjamin Lu yang berkhidmat di Philips Futures Singapura, harga minyak terus menunjukkan tanda-tanda untuk menurun apabila pasaran terus dipengaruhi dengan perningkatan didalam simpanan minyak mentah.

Pada bulan Jun yang lalu, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum ( OPEC ) , Rusia dan negara-negara pengeluar lain yang dinamakan OPEC+ memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran bagi mengimbangi pengeluaran yang kurang dari beberapa negara yang mengalami masalah geopilitik dan masalah-masalah yang tidak dijangka dari tahun 2017 . Ia disebabkan oleh tekanan dari Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mendesak untuk menurunkan harga minyak mentah yang tiba-tiba melonjak pada waktu itu.

Perlaksanaan sekatan keatas eksport Iran yang bermula pada Isnin lalu juga dilihat tidak mampu meningkatkan harga minyak mentah selepas Amerika Syarikat mengumumkan lapan ( 8 ) buah negara termasuk tiga ( 3 ) pengimport utama dunia menerima pengecualian selama enam ( 6 ) bulan untuk terus mengimport minyak Iran.

The post Harga Minyak Mentah Merosot Selepas Kembimbangan Bekalan Berlebihan Meningkat. appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!