Tekanan penjualan matawang yen Jepun dilihat berterusan pada sesi dagangan AS hari Khamis sehingga melemahkan yen berbanding matawang utama dunia yang lain.

Berbanding greenback, USD/JPY telah melonjak menghampiri paras tertinggi 6-bulan dan stabil pada harga 112.45, naik 0.41% setakat jam 11.33 malam.

Pasangan matawang ini dilihat kekal dengan momentum bullish walaupun hasil bon 10-tahun AS tidak berjaya menarik perhatian pelabur dan kekal bergerak pada julat 2.86%.

Momentum menaik walau bagaimanapun terhad selepas data inflasi CPI AS bagi bulan Jun meleset berbanding jangkaan, melaporkan peningkatan lebih rendah di paras 0.1% (MoM).

Selain itu, pengukuhan dollar juga terhalang akibat kebimbangan pasaran terhadap konflik perdagangan AS-China serta komen Presiden Trump sepanjang sesi lawatan beliau di Eropah menjelang pertemuan bersama ketua Russia, V. Putin.

Garisan 112.65 (R1) menjadi resistance terhampir. Jika ditembusi akan membuka peluang kepada bullish trader mencari paras 113.00 (R2) dan 113.40 (R3)

The post Hari Yang Malang Buat Yen appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!